Isnin, 12 April 2010

..tera,giga,mega…nano..

Sejak turunnya nabi Adam ke bumi, ilmu matematik telahpun wujud. Peredaran zaman memperlihatkan kemajuan dalam bidang pernomboran yang semakin kompleks, lebih-lebih lagi apabila komputer telah dicipta.

Bagi memudahkan pemahaman terhadap pengiraan sesuatu perkara, satu unit telah dicipta. Kita mungkin pernah mendengar istilah nano,desi,kilo,mega,giga,tera, dan sebagainya. Semua ini unit ukuran dalam menyukat saiz atau kuantiti sesuatu perkara. Sejak akhir-akhir istilah teknologi nano semakin kerap digunakan. Nano merupakan satu unit yang digunakan untuk menggambarkan saiz satu objek yang sangat kecil (10 kuasa negatif 9). Dalam bahasa mudah, 1 nano boleh dinisbahkan dengan 100 ribu kali lebih kecil daripada sehelai rambut. Bayangkan jika wujud robot bersaiz nano yang boleh melekat pada bulu kening tanpa kita sedar atau boleh bergerak dalam saluran darah untuk bertindak sebagai ‘askar’ bagi melawan virus-virus merbahaya, hebat bukan.

Tera pula merupakan satu istilah yang boleh dinilaikan 10 kuasa 12, dengan kata lain ada 12 sifar di belakang sesuatu tera. Contohnya 1 tera = 1 000 000 000 000 = 1 juta juta. Dalam istilah seharian, tera seerti dengan trillion, giga (10 kuasa 9) = billion, mega (10 kuasa 6) = million (juta). Tapi adakah kita sedar bahawa disiplin fizik dan matematik telah menyenaraikan beberapa lagi istilah yang jarang kita dengar dan gunakan. Contohnya seperti dibawah:


Sumber:http://searchstorage.techtarget.com/


Unit kilo, mega, dan giga sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Unit-unit ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada nilai matawang, memori komputer, jarak, dan sebagainya. Namun, unit seperti yotta dan zetta tidak pernah atau jarang digunakan kerana terlampau tinggi. Sebaliknya unit ini digunakan oleh para astronomi untuk menganggar jumlah bintang atau galaksi yang wujud di alam semester.

Zetta bukanlah unit yang paling tinggi dalam senarai, ini kerana selagi ilmu hisab berkembang, selagi itulah akan wujud unit-unit yang baru, sama ada semakin kecil atau semakin besar.

Sabtu, 3 April 2010

Kilang Coca-Cola di Malaysia. Impaknya.. (Bahagian 1)

Pada 16 Mac 2010 lalu, Perdana Menteri telah melakukan pecah tanah untuk pembinaan kilang Coca-cola terbesar di ASEAN yang bernilai RM1 billion. Kilang pembotolan yang dibina di bandar Enstek, Nilai itu dijangka dapat memberi peluang pekerjaan kepada 800 orang penduduk. Namun dalam keghairahan menikmati jumlah pelaburan yang besar, kita seolah-olah lupa kesan daripada pembinaan kilang tersebut terhadap alam sekitar dan masyarakat.



Setelah upacara pecah tanah tersebut dijalankan, terdapat beberapa pihak yang telah menyuarakan kebimbangan terhadap impak yang akan menyusul kelak, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris merupakan antara yang terawal. Beliau menyatakan kebimbangan sekiranya pembinaan tersebut diteruskan, kesan yang amat negatif terpaksa ditanggung oleh masyarakat, terutamanya dari segi persaingan sumber air antara kilang dengan penduduk (ibnuabas. blogspot).

Beberapa contoh boleh diambil untuk dijadikan ikhtibar, antaranya di India. Pembinaan kilang Coke secara besar-besar telah membawa padah apabila masyarakat terpaksa menanggung krisis air yang besar dan pencemaran tanah yang teruk, masalah ini telah memaksa demontrasi secara besar-besaran dibuat di Kala Dera, Rajashtan bagi memaksa penutupan kilang Coca-cola di India.



Beberapa kajian (indiaresource.org) yang telah dijalankan di India mendapati kilang Coca-cola di sana telah mengambil air bawah tanah sebagai sumber air. Kesan daripada penggalian bawah tanah telah membawa kepada perubahan kualiti air dari segi rasa dan bau. Akibatnya penduduk tidak dapat menggunakan air perigi kerana turut tercemar dan kekeringan akibat pengepaman dari kilang dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, tanah di sekitar kilang turut dicemari oleh sisa buangan yang merbahaya. Ujian makmal mendapati kilang Coca-cola telah menghasilkan bahan buangan yang terdiri daripada Kadmium @ Cadmium (Cd). Kadmium merupakan salah satu logam berat yang turut wujud dalam bateri. Kehadiran kadmium pada permukaan tanah akan mengakibatkan keracunan pada sumber tersebut di samping kemusnahan tanaman dan hidupan sekitar. Kehadiran kadmium dalam badan pula boleh merosakkan pembuluh darah dan perangsang sel kanser (CAP).

Melihat situasi di India cukup membawa kegusaran, saya khuatir sekiranya pembinaan kilang Coca-cola di Nilai siap kelak, penduduk di sana akan mengalami nasib yang sama seperti di India. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai bekalan air bawah tanah yang banyak, penggunaan air secara besar-besar akan membawa kesan buruk terhadap struktur tanah. Kota Semarang, Indonesia misalnya telah mengalami pemendapan yang agak serius ekoran pengepaman air bawah tanah secara berterusan (konsumerkini.net). Sumber air bawah tanah kelak bukan sahaja akan berkurangan malah akan turut mengalami perubahan dari segi kualiti.



Pembuangan kadmium dari kilang pula sudah pasti akan membawa kesan yang amat buruk kepada penduduk Nilai, biarpun pihak kilang akan menjaminkan pengurusan secara sistematik, tapi sejauh mana akan bertahan. Pengalaman pengurusan Coca-cola di Pakistan, Turki, China, Afrika Selatan, Columbia, dan Guatemala sudah cukup untuk menggambarkan situasi sebenar. Biarpun Nilai bukanlah satu kawasan pertanian, namun kehadiran logam berat seperti cadmium amat merbahaya dan perlu dijauhi bagi mengelak masyarakat sekeliling daripada terdedah dengan sebarang pencemaran.

*penulisan ini dihasilkan berdasarkan pemerhatian dari kaca mata seorang ahli geografi dan bermotifkan pendidikan, tiada sebarang kepentingan politik.

Ahad, 21 Februari 2010

Mesej Tersirat Melalui Filem (Siri 2)

James Cameron mungkin pengarah yang paling bertuah kerana popularitinya yang telah melonjak ekoran kejayaan dalam filem arahannya, Avatar yang mendapat kutipan melebihi USD1.8 billion sekaligus menjadi filem paling tinggi kutipan dalam sejarah perfileman. Apa yang ingin ditulis di sini bukanlah kejayaan beliau dan kehebatan filem Avatar, tapi apa yang tersirat dalam filem tersebut mengikut sudut seorang peminat konspirasi. Setelah menonton filem Avatar, saya mendapati terdapat suatu frasa yang telah diungkap oleh hero dan heroin filem ini, iaitu “i see you”.



Kenapa dengan “i see you” ?. Ada sesuatu yang tersirat di sebalik perkataan ini, frasa ini merupakan suatu kod yang amat hebat dan agung bagi sesetengah pihak. Mari kita bongkar kod ini. Umum tahu bahawa huruf Rumi mempunyai 26 abjad kesemuanya, di mulai A(mewakili 1), B (mewakili 2), dan seterusnya hingga Z (mewakili 26). Berbalik kepada “i see you”. Perkataan ini boleh diringkaskan kepada hanya tiga huruf iaitu, I, C, dan U. Jika ditukar ketiga-tiga huruf ini dalam angka mengikut urutan abjad Rumi, kita akan mendapati :-

I = 9
C = 3
U = 21

Apabila dicampur, jumlah keseluruhan akan menjadi 33. Apa istimewanya nombor 33..?? Perlu dinyatakan di sini bahawa James Cameron adalah seorang Mason (panggilan untuk pengikut Freemason) dan hal ini dipersetujui oleh pengkaji konspirasi seluruh dunia. Apa yang lebih menarik, James Cameron merupakan seorang Mason yang berpangkat 33rd degree, iaitu pangkat tertinggi dalam hieraki Freemason. Terdapat sesetengah pengkaji konspirasi yang menyatakan pada pangkat ini, sesorang itu akan didedahkan beberapa rahsia besar atau peristiwa hebat yang pernah berlaku hasil perancangan mereka sejak sekian lama. Maka tidak hairanlah mengapa ungkapan 33 dalam bentuk kod “i see you” diucapkan beberapa kali, mungkin sebagai tanda rasa bangga terhadap dirinya sendiri atau pengiktirafan kepada 33rd degree yang lain, lebih-lebih lagi sudah menjadi suatu identiti atau disiplin kepada setiap mason untuk menyelitkan unsur masonik pada setiap aktiviti mereka (National Treasure2 -21:18).

Freemason merupakan suatu organisasi yang amat gemar menggunakan piramid atau segi tiga sebagai simbol mereka, sama seperti Illuminati. Hieraki dalam Freemason juga berkonsepkan piramid. Peringkat terendah akan diajar konsep persamaan dan persaudaraaan manusia. Agama tidak disentuh. Tetapi setiap kali menaiki peringkat, ahli akan dimasukkan sedikit demi sedikit doktrin Satanisme dan mistik Kabbalah. Akhirnya pada peringkat tertinggi (contohnya 33rd degree) seseorang itu akan menyembah Iblis sepenuhnya dan tunduk kepada perintah-perintah Dajjal (MistisFiles-September,2008)












“i see you” merupakan frasa dalam bahasa Inggeris yang apabila diterjemah bermaksud “saya nampak anda” atau “saya tengok anda” atau “saya lihat anda”. Untuk melihat kita akan menggunakan mata, oleh sebab James Cameron berpangkat 33rd degree, maka kita perlu meletakkan mata pada lokasi pangkat beliau.








Piramid yang bermata satu.


All Seeing Eye pada dolar US





Berikut adalah simbol mata satu yang dimasukkan ke dalam beberapa buah filem mereka, secara tidak sedar atau terang-terangan.






Star Wars Episode 1




Animasi Ant Bully


Yugi Oh


Klik Δ untuk lihat pendedahan mengenai All Seeing Eye yang terdapat di seluruh dunia.





All Seeing Eye merupakan suatu simbol yang amat berkuasa dan sinonim kepada organisasi Illuminati (adik beradik Freemason), ini kerana mata tersebut mewakili mata pemimpin agung mereka, Dajjal. Perhatikan mata yang terdapat pada duit dollar US di atas. Mata kanan atau kiri..?? Teliti pula hadis berkenaan Dajjal dibawah :
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Dajal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka. (http://www.mymasjid.net.my/)

Wallahhualam

Mata siapa, apa yang dia sedang lihat..??

Rabu, 20 Januari 2010

Mesej Tersirat Melalui Filem

Sejak sekian lama hollywood telah digunakan oleh golongan yang berkepentingan untuk menyampaikan suatu mesej atau idealogi kepada masyarakat secara sedar atau tanpa sedar.

Mesej ini dapat di kenal pasti melalui pelbagai tanda seperti simbol, watak, jalan cerita, dan sebagainya.

Berikut antara gambar atau simbol yang boleh dikesan dalam filem Hollywood yang mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan sulit seperti Freemason, Illuminati, dan sihir Kabbalah.

Petikan daripada filem National Treasure


Gambar di atas menunjukkan piramid tidak siap dengan mata satu di bahagian atas yang merujuk kepada All Seeing Eye yang juga boleh dilihat pada wang kertas USD 1. Mengikut pakar konspirasi, mata satu merujuk kepada mata dajjal yang sedang memerhatikan setiap tindakan manusia sekarang. Simbol di atas amat sinonim dengan kumpulan Illuminati.

Gambar mata dan piramid pada dollar US


Gambaran mata satu juga boleh dilihat pada filem Star Wars Episode 3 yang banyak memaparkan symbol mata satu setelah Anarkin berubah menjadi jahat dan memihak kepada sisi gelap.


Scene seperti di atas dapat dilihat bukan saja dalam filem Star Wars, tapi dalam banyak lagi cerita lain seperti Avatar dan cover depan artis luar negara mahupun dalam negara kita sendiri.

Simbol kumpulan Freemason (jangka lukis dan sesiku) juga diselit secara tidak sedar dalam filem mereka seperti cerita Ant Bully.


Dalam filem atau video klip penyanyi terkenal, terdapat banyak simbol Freemason dan Illuminati yang diselitkan tapi secara sepintas lalu dan memerlukan pemerhatian yang teliti untuk dikesan. Tujuan sebenar mereka berbuat demikian tidak dapat dipastikan, mungkin berkait rapat dengan program kawalan minda bawah sedar.

Untuk maklumat lanjut mengenai Freemason, Illuminati, Kabbalah, dan sebagainya. Rujuk blog konspirasi di bawah.

Selasa, 12 Januari 2010

Kasih Allah..

Bersangka Baik Kepada Allah

Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan pengorbanan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadang kala buahnya manis. Lalu luka dihati usah dilayan biarpun kita merasainya, dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah.

Jika semua itu kita hadapi dengan tabah, maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan kita pada-Nya. Bila terkena sesuatu musibah katakanlah

“ Aku amat bersyukur sekali pada Allah atas musibah ini, jika inilah cara Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah indahnya penderitaan ini..”



Apabila Allah tidak makbulkan doamu maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.. Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya..

Selasa, 22 Disember 2009

Presenteeism: Masalah Setiap Pekerja

Presenteeism merupakan suatu istilah yang masih baharu dalam perbendaharaan kata Bahasa Inggeris, mahupun Bahasa Melayu. Norman Clemens dari American Psychiatric Association menyatakan presenteeism adalah istilah baru untuk masalah lama. Secara mudah presenteeism bermaksud masalah kesihatan yang melanda para pekerja di tempat kerja.

Dewasa ini presenteeism sedang berkembang sabagai suatu masalah yang semakin serius terutamanya dalam dunia perniagaan. Menurut wartawan Canadian HR pada 2 Disember 2002, presenteeism telah memberi masalah kepada kualiti kerja dan kesihatan para pekerja. Secara jelas, presenteeism bermaksud kehadiran pekerja dalam keadaan tidak sihat atau belum bersedia dengan sepenuhnya hingga tidak dapat memberi produktiviti yang diharapkan. Atau dalam kata lain, hadir tapi tidak membawa manafaat. Selagi bergelar pekerja, kita tidak terlepas daripada masalah ini.
Masalah presenteeism berlaku kerana beberapa perkara hingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan pekerja, sama ada sama ada kesihatan fizikal mahupun mental.
Antara penyakit yang merujuk kepada presenteeism adalah: alahan, arthritis, asma, kanser, diabetes, migraine, penyakit jantung, dan sebagainya.
Petanda presenteeism: kejenuhan (tidak bermaya), murung, sakit pada bahagian belakang dan leher serta kepenatan.

Pekerja menjadi tidak bermaya boleh dikatakan berpunca daripada persekitaran seperti ketiadaan sokongan daripada rakan sekerja, tiada pengikhtirafan daripada majikan serta kurang latihan. Selain itu, gangguan terhadap tugas, perbualan daripada rakan sekerja, kerosakan peralatan boleh menyebabkan mempunyai perasaan tidak puas hati dan tidak bersemangat untuk berkerja.

Kemurungan yang kronik boleh menjadi penyebab kepada penurunan produktiviti. Kehadiran pekerja walaupun sakit sebenarnya terpaksa kerana terdapat sesetengah majikan yang tidak membayar gaji pada hari mereka sakit atau cuti ekoran terdapat sesetengah pekerja yang mengambil kesempatan. Akibatnya pekerja yang berada dalam keadaan sebenar menghadapi masalah. Sekiranya mereka tidak hadir, gaji mereka mungkin tidak akan dibayar pada hari tersebut dan jika berlarutan terlalu lama, mereka mungkin akan hilang pekerjaan. Jadi, mereka terpaksa hadir dan situasi seumpama inilah yang menyumbang kepada fenomena presenteeism.


Kesan daripada presenteeism ini sebenarnya sangat besar kerana melibatkan penggunaan wang dalam kuantiti yang banyak. Malah kesan daripada presenteeism ini lebih teruk daripada masalah ketidakhadiran atau ponteng di tempat kerja, anggaran yang diperolehi menunjukkan kos yang melibatkan presenteeism tujuh hingga sepuluh kali lebih besar berbanding kerugian akibat ketidakhadiran pekerja. Nilai ini bersamaan 150 hingga 250 billion dollar setiap tahun di Amerika Syariakat.

Fenomena yang berkaitan dengan presenteeism ini boleh diatasi sekiranya pihak majikan betul-betul ingin menanganinya. Secara fitrahnya setiap manusia mempunyai keinginan dan akan berusaha untuk mencapai keinginan tersebut. Begitu juga pekerja, setiap dari mereka inginkan sesuatu dari pekerjaan mereka. Hal ini dapat dilihat menerusi Teori Maslow yang menyenaraikan lima peringkat keperluan manusia. Dalam konteks pekerjaan, lima peringkat keperluan tersebut adalah gaji (psikologi), rancangan apabila bersara (keselamatan), rakan sekerja (sosial), jawatan (sanjungan), dan cabaran dalam pekerjaan (kehendak diri yang sebenar). Sekiranya majikan dapat memahami segala kehendak ini dan memudahkan peluang untuk para pekerja untuk mencapainya, maka hasil yang positif akan diperolehi.
Ini kerana jika pekerja tidak dapat memenuhi keinginan mereka pada setiap peringkat, maka ini akan mendorong kepada gejala presenteeism yang lebih agresif. Pemahaman majikan terhadap keperluan pekerja akan menjadikan pekerja lebih memahami kehendak syarikat dan mula mematuhi peraturan serta memperbaiki kehadiran.
Majikan perlulah tahu bagaimana untuk menguruskan pekerja mereka agar presenteeism dapat dikurangkan. Salah satu cara untuk menguruskan pekerja adalah dengan membuat program kesihatan di tempat kerja.

Perlaksanaan secara berterusan akan memberi kesan yang positif terhadap produktiviti pekerja. Ini kerana seperti yang sudah dibincangkan sebelum ini, peramasalahan berkenaan dengan presenteeism bermula di tempat kerja, sekirannya dapat ditangani di tempat kerja juga maka masalah ini dapat dikurangkan sekaligus dapat meningkatkan produktiviti mereka. Perlu ditegaskan bahawa majikan merupakan penggerak utama bagi mengatasi masalah ini dan mereka perlu melakukannya, kerana pekerja merupakan aset kepada mereka.

Sumber
Diolah daripada: Eric Saarvala (2006). Presenteeism: The Latest Attack on Economic and Human Productivity: University of Toronto

Ahad, 18 Oktober 2009

Salam

Assalamualaikum..