Dunia
ini penuh dengan keajaiban dan setiap perkara ajaib sering dilihat pelik oleh
majoriti manusia.
Entah
bagaimana dan kenapa, sebuah pokok bunga loceng di rumah saya yang ditanam oleh
ayah telah mengeluarkan buah seakan rambutan. Bersaiz sederhana, berbulu, dan
berwarna hijau muda. Asalnya kecil sebelum membesar seperti buah rambutan yang
tidak masak.
Perkara
ini menarik perhatian ramai orang setelah tersiar dalam Sinar Harian (2007) dan
dikhabarkan ratusan orang telah datang ke rumah untuk melihat buah bunga loceng
itu. Saya yang ketika itu berada di perantauan kerana menimba ilmu hanya
dimaklumkan oleh emak melalui telefon.
Ramailah
yang menyentuh dan mengesahkan itu adalah buah rambutan, lalu mengaitkan dengan
pelbagai perkara dan teori. Saat saya pulang ke kampung, buah ‘rambutan’
tersebut sudah berwarna keperangan, kemudian menjadi coklat, dan akhirnya
kering sebelum gugur ke tanah.
Hakikatnya,
itu bukan buah rambutan. Cuma kebetulan pokok bunga loceng mengeluarkan buah,
dan kebetulan lagi buah itu berbulu seperti buah rambutan. Apa pun saya tetap
rasa bertuah kerana keluarga saya pernah memiliki sebahagian keajaiban alam
semula jadi.
Beberapa
hari kemudian ada yang bertanya kepada ayah sama ada masih disimpan buah yang
kering itu, kononnya hendak dijadikan pelaris. Astaga.
hehehe.rindu zaman aktif berblog dlu.
BalasPadamhaha.. bila lagi nak aktif balik. Masa bekerja ni la bnyak idea..
BalasPadambyk idea tp kan.. xsmpat nak update..
BalasPadam