Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan pengorbanan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadang kala buahnya manis. Lalu luka dihati usah dilayan biarpun kita merasainya, dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah.
Jika semua itu kita hadapi dengan tabah, maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan kita pada-Nya. Bila terkena sesuatu musibah katakanlah
“ Aku amat bersyukur sekali pada Allah atas musibah ini, jika inilah cara Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah indahnya penderitaan ini..”
Apabila Allah tidak makbulkan doamu maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.. Oleh itu sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya..
betuk tu..kite merancang, Allah juga merancang tapi perancangan Dia lebih baik..
BalasPadamBenar saudari.. Allah Maha Kuasa Makhluk Tiada Kuasa.
BalasPadam