Selasa, 9 Oktober 2012

Dalam baju....


Alkisah pada suatu hari di suatu tempat sekitar wilayah Nusantara. Terdapat seorang guru agama sedang memberi kuliah kepada murid-muridnya. Lalu salah seorang daripada mereka bertanya kepada sang guru.

“Dimanakah Allah?”

 Dengan berfalsafah yang tinggi guru tersebut menjawab,
“Dalam baju!”, sambil membuka sedikit ruangan leher baju beliau. Versi yang lain pula menyatakan sang guru memberitahu Allah itu dalam gobek sireh (sejenis alat untuk menghancurkan sireh).

Gobek sireh
(sumber: http://collections-adamalif.blogspot.com)

Maka terkejutlah para muridnya. Sebahagiannya mengatakan guru mereka gila, sebahagian lagi cuba memahami apa yang ingin disampaikan oleh sang guru.

Kejadian itu akhirnya sampai ke pengetahuan ketua kampung lalu sang guru dihukum bunuh kerana pada hemat mereka telah mengajar ajaran sesat.

 .......................................

al-Baqarah 115: “Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.”

al-Baqarah 186: ''Apabila hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad) bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang meminta kepada Ku.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan