Petikan Filem The Message
Setelah berjaya membentuk kerajaan Islam yang pertama di
Madinah pada tahun 622 Masihi. Nabi Muhammad S.A.W telah mengambil inisiatif
dengan menghantar warkah kepada para pemimpin kerajaan-kerajaan yang ada pada
ketika itu, antaranya ke Rom, Rom Timur (Byzantine), Parsi, dan Mesir.
Tujuan Baginda untuk menyeru mereka kepada Islam. Cara
penghantaran perutusan dilihat lebih diplomasi dan tiada paksaan.
Pada awalnya warkah Rasulullah tidak mempunyai ‘sign’, hingga
ada warkah yang tidak dilayan oleh para pemimpin ketika itu. Ini kerana telah
menjadi kewajaran kepada mereka untuk memiliki cop mohor tersendiri pada suatu
perutusan barulah ia diperakui kesahannya. Akhirnya seorang sahabat diminta
membentuk cincin yang tertulis nama Baginda. Cincin itu berfungsi sebagai cop
mohor setiap kali Rasulullah menghantar warkah.
Rasulullah yang mendapat tahu tentang perlakuan Raja Parsi
kemudiannya mendoakan supaya kerajaan raja tersebut dikoyak-koyak seperti
warkah Baginda. Doa itu akhirnya tertunai pada zaman pemerintahan Khalifah
Umar.
Mengambil amalan Rasulullah yang mempunyai cop mohor di samping
memelihara warisan kesenian ukiran khat Jawi, saya menempah suatu cop mohor
yang terukir nama penuh dalam tulisan Rumi dan Jawi dari Yayasan Restu (Restu
Khat). Terdapat pelbagai rekaan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian, setiap
pemilik akan menerima warkah pengesahan ketulenan bersama nombor siri.
Mereka boleh dihubungi melalui link di bawah.
Restu Khat (klik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan