Adam (as) merupakan
penghuni syurga, ditemani Hawa dan hidup bahagia di sana. Semua perkara ada di
sana, semua perkara.. SEMUA. Lalu berlaku tipu daya Iblis lalu mereka dihukum
turun ke Bumi. Itulah ringkas cerita
Adam (as) dan Hawa yang semua orang tahu.
Petikan filem 'Knowing'
Persoalannya, bila
Adam (as) turun ke Bumi dan bertemu Hawa, bagaimanakah cara mereka hidup?
Adakah seperti orang-orang gua yang buat pakaian dari kulit haiwan, tinggal di
dalam rumah daripada tanah, kayu dan ranting, hidup dengan berburu.
Atau mereka berada
dalam keadaan yang selesa, dengan mempunyai kemudahan yang cukup. Elektrik,
teknologi komunikasi yang tinggi dan makan makanan yang enak dari dapur yang
lengkap. Pada pendapat saya, YA. Memang itu yang berlaku, pada permulaannya
memang mereka menghadapi kesukaran seperti kehidupan di atas. Tapi dengan cepat
mereka berupaya maju dan membina tamadun yang tinggi.
Adam (as) dikatakan
mempunyai umur yang sangat panjang dan mempunyai ramai anak. Jadi dengan umur
yang sangat panjang itu, tidak sukar untuk baginda membina tamadun bersama-sama
anak cucunya. Tapi dari mana baginda beroleh ilmu? Fizik, kimia, biologi,
matematik dan lain-lain. Jawapannya dari Tuhan Yang Esa.
Penganut Islam sudah
sedia maklum mengenai kisah penciptaan Adam (as) pada peringkat awal yang
ditentang oleh para malaikat. Malaikat tidak mahu Bumi binasa dengan kewujudan
Adam, kerana penghuni sebelum ini telah merosakkan Bumi. Ceritanya tersimpan
kemas dalam al-Quran :
Dan
(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa
yang kamu tidak mengetahuinya". (al-Baqarah, ayat 30).
Bila penciptaan Adam
(as) sempurna, maka untuk memuaskan hati para malaikat, telah berlaku satu pertandingan
untuk membuktikan kehebatan penciptaan Adam (as) ini. Sebelum upacara tersebut
Allah S.W.T. telah mengajar Adam (as) ilmu-ilmu untuk digunakan nanti.
Dan
Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah
kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar".
(al-Baqarah, 31).
Malaikat
itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai
pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau
jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (al-Baqarah, 32).
Allah
berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada
mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada
mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui
apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (al-Baqarah, 33).
Akhirnya para malaikat
menyerah dan mengaku kehebatan Adam (as). Bayangkan malaikat yang berumur
begitu lama, mempunyai ilmu yang tinggi tidak dapat mengalahkan Adam (as) yang
menerima ilmu secara langsung dari Allah. Adam (as) kemudian tinggal di syurga
yang ada segala kemudahan. Jadi bila Adam (as)
turun ke Bumi, baginda juga membawa bersama ilmu tersebut, serta pengalaman
indah dari dalam syurga. Sudah pasti dengan ilmu yang begitu tinggi yang
diterima terus dari Allah tidak sukar untuk baginda membina kembali apa yang
pernah di alami di syurga dahulu, walaupun tidak menyerupai 100%.
Bayangkan teknologi internet yang maju, terdapat robot yang membantu kerja. Kapal angkasa, pesawat yang hebat, super komputer dan lain-lain lagi yang berteknologi tinggi. Tapi teknologi tersebut tidak seperti hari ini yang mencemarkan alam, ciptaan pada zaman itu sangat mesra alam. Perkara ini tidak dicapai dalam masa sebulan dua. Tapi mengambil masa yang lama. Mungkin beratus tahun. Tidak perlu dihairankan. Bukankah Adam (as) ada umur yang panjang dan zuriat yang ramai. Walaupun segala kemudahan ini bukan untuk baginda sepenuhnya, tapi untuk kemudahan cucu cicit baginda. Takkan baginda ingin mempersiakan ilmu hebat yang baginda ada. Sebagai khalifah di Bumi, sudah menjadi tanggungjawab untuk memakmurkan alam ini.
Jika jin yang
memerintah, maka alam akan binasa kerana jin bekerja dengan penuh nafsu. Jika
malaikat yang mentadbir, sudah pasti keadaan alam ini statik dan tiada
perubahan. Kerana malaikat itu sentiasa sujud dan beribadat, tiada masa untuk
memikirkan hal dunia. Tapi apabila manusia menjadi penguasa, maka alam akan
berkembang dan maju. Bergantung pada corak pengurusannya.
Tapi apabila masa berlalu dan Utusan Tuhan dilawan, manusia hidup dengan dosa, maka datanglah bencana sangat besar. Yang terselamat hidup melarat dan tiada apa-apa lagi. Terpaksa bermula dari awal.
Cuba fikir, adakah apa yang ada pada dunia hari ini juga ada
di SYURGA tempat nabi Adam (as) tinggal sebelum turun ke Bumi.
Rujukan: *MistisFiles *Nusanaga |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan