Jumaat, 30 Disember 2011

Betulkan nafas anda

Tarik nafas dalam-dalam.. tahan.. lihat, bahagian badan mana yang menggelembung, dada atau perut. Jika perut, tahniah, anda bernafas dengan betul. Jika dada, ada yang kena perbetulkan. Majoriti manusia bernafas menggunakan dada, maksudnya menyimpan udara yang disedut di bahagian dada mereka. Kecuali pada posisi tertentu, contohnya semasa baring.


Seorang guru pernah beritahu saya, rasa marah manusia itu terletak di dalam dada. Sebab itu bila seseorang dalam keadaan emosi, dadanya akan berombak-ombak dan bernafas dengan cepat. Kanak-kanak merupakan golongan yang bernafas dengan betul, lihat bagaimana keadaan mereka semasa bernafas, hanya perut yang bergerak. Tapi bila semakin dewasa, amalan itu bertukar selari dengan persekitaran. 

Bagi orang dewasa pula, amalan bernafas dengan perut kerap atau boleh dikatakan wajib bagi sesetengah pihak yang mengamalkan senaman tertentu seperti tenaga dalam, seni bela diri dan sebagainya.

Seorang pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Abd Kadir, berkata untuk bernafas dengan betul ada caranya iaitu tarik nafas dalam-dalam hingga ke perut, iaitu perut akan ternaik sedikit dan bukan dada. Jika dada yang ternaik, bermakna teknik anda masih belum betul. Pada masa sama jika boleh, ‘kunci’ dubur (kemut) dan lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

Ada pihak yang percaya amalan ‘kunci’ dubur (kemut) semasa menahan nafas boleh mengelak masalah buasir.

Macam mana jika hendak bernafas dengan betul? Pertama letakkan tapak tangan di perut, tarik nafas dan pastikan perut anda menggelembung. Amalkan selalu. Dengan bernafas melalui perut, kita boleh menahan nafas dengan lebih lama dan memberi peluang kepada darah untuk memproses oksigen yang disedut.


Bagaimana Islam melihat amalan ini, saya teringat suatu hadis Rasulullah mengenai bahagian perut. Baginda bersabda terdapat tiga bahagian di dalam perut, satu bahagian untuk makanan, satu bahagian untuk air, dan satu bahagian lagi dikosongkan (untuk udara).

Sekarang pegang perut anda di kiri atau kanan. Kalau ada rasa keras, usahakan untuk ke tandas. Kerana itu bukan otot yang pejal. Tapi ada bahan buangan yang masih disimpan.

Betulkan nafas anda.

Ahad, 11 Disember 2011

Gambaran Zaman Lalu - Bah. 2

Adam (as) merupakan penghuni syurga, ditemani Hawa dan hidup bahagia di sana. Semua perkara ada di sana, semua perkara.. SEMUA. Lalu berlaku tipu daya Iblis lalu mereka dihukum turun ke Bumi.  Itulah ringkas cerita Adam (as) dan Hawa yang semua orang tahu.

Petikan filem 'Knowing'

Persoalannya, bila Adam (as) turun ke Bumi dan bertemu Hawa, bagaimanakah cara mereka hidup? Adakah seperti orang-orang gua yang buat pakaian dari kulit haiwan, tinggal di dalam rumah daripada tanah, kayu dan ranting, hidup dengan berburu.

Atau mereka berada dalam keadaan yang selesa, dengan mempunyai kemudahan yang cukup. Elektrik, teknologi komunikasi yang tinggi dan makan makanan yang enak dari dapur yang lengkap. Pada pendapat saya, YA. Memang itu yang berlaku, pada permulaannya memang mereka menghadapi kesukaran seperti kehidupan di atas. Tapi dengan cepat mereka berupaya maju dan membina tamadun yang tinggi.

Adam (as) dikatakan mempunyai umur yang sangat panjang dan mempunyai ramai anak. Jadi dengan umur yang sangat panjang itu, tidak sukar untuk baginda membina tamadun bersama-sama anak cucunya. Tapi dari mana baginda beroleh ilmu? Fizik, kimia, biologi, matematik dan lain-lain. Jawapannya dari Tuhan Yang Esa. 


Penganut Islam sudah sedia maklum mengenai kisah penciptaan Adam (as) pada peringkat awal yang ditentang oleh para malaikat. Malaikat tidak mahu Bumi binasa dengan kewujudan Adam, kerana penghuni sebelum ini telah merosakkan Bumi. Ceritanya tersimpan kemas dalam al-Quran :

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al-Baqarah, ayat 30).

Bila penciptaan Adam (as) sempurna, maka untuk memuaskan hati para malaikat, telah berlaku satu pertandingan untuk membuktikan kehebatan penciptaan Adam (as) ini. Sebelum upacara tersebut Allah S.W.T. telah mengajar Adam (as) ilmu-ilmu untuk digunakan nanti.

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". (al-Baqarah, 31).

Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (al-Baqarah, 32).

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (al-Baqarah, 33).

Akhirnya para malaikat menyerah dan mengaku kehebatan Adam (as). Bayangkan malaikat yang berumur begitu lama, mempunyai ilmu yang tinggi tidak dapat mengalahkan Adam (as) yang menerima ilmu secara langsung dari Allah. Adam (as) kemudian tinggal di syurga yang ada segala kemudahan. Jadi bila Adam (as) turun ke Bumi, baginda juga membawa bersama ilmu tersebut, serta pengalaman indah dari dalam syurga. Sudah pasti dengan ilmu yang begitu tinggi yang diterima terus dari Allah tidak sukar untuk baginda membina kembali apa yang pernah di alami di syurga dahulu, walaupun tidak menyerupai 100%.


Bayangkan teknologi internet yang maju, terdapat robot yang membantu kerja. Kapal angkasa, pesawat  yang hebat, super komputer dan lain-lain lagi yang berteknologi tinggi. Tapi teknologi tersebut tidak seperti hari ini yang mencemarkan alam, ciptaan pada zaman itu sangat mesra alam. Perkara ini tidak dicapai dalam masa sebulan dua. Tapi mengambil masa yang lama. Mungkin beratus tahun. Tidak perlu dihairankan. Bukankah Adam (as) ada umur yang panjang dan zuriat yang ramai. Walaupun segala kemudahan ini bukan untuk baginda sepenuhnya, tapi untuk kemudahan cucu cicit baginda. Takkan baginda ingin mempersiakan ilmu hebat yang baginda ada. Sebagai khalifah di Bumi, sudah menjadi tanggungjawab untuk memakmurkan alam ini.

Jika jin yang memerintah, maka alam akan binasa kerana jin bekerja dengan penuh nafsu. Jika malaikat yang mentadbir, sudah pasti keadaan alam ini statik dan tiada perubahan. Kerana malaikat itu sentiasa sujud dan beribadat, tiada masa untuk memikirkan hal dunia. Tapi apabila manusia menjadi penguasa, maka alam akan berkembang dan maju. Bergantung pada corak pengurusannya.


Tapi apabila masa berlalu dan Utusan Tuhan dilawan, manusia hidup dengan dosa, maka datanglah bencana sangat besar. Yang terselamat hidup melarat dan tiada apa-apa lagi. Terpaksa bermula dari awal.
 
Cuba fikir, adakah apa yang ada pada dunia hari ini juga ada di SYURGA tempat nabi Adam (as) tinggal sebelum turun ke Bumi. 
Rujukan:
*MistisFiles
*Nusanaga

Gambaran Zaman Lalu - Bah. 1

Bila dengar perkataan ‘purba’, ‘zaman dahulu’, ‘zaman nabi-nabi’ dahulu.. pasti perkara pertama yang terlintas difikirkan ialah situasi yang agak kuno, tidak begitu bertamadun, tiada teknologi dan sebagainya yang dikira ketinggalan.

Tapi kenapa tidak kita fikir sesuatu yang berbeza. Teknologi, mesin-mesin canggih, teknologi gelombang dan sebagainya. Kalau di’Google’ berkenaan teknologi zaman silam. Sudah banyak blog dan forum yang bincang perkara ni. Perang nuklear zaman Hindu purba, mesin terbang, reaktor nuklear, leser dan macam-macam lagi. Jadi dah memang ramai yang tahu orang zaman dahulu memang dah ada teknologi seperti zaman ini. Atau mungkin mereka lebih maju dan bertamadun dari kita sekarang.

Sedutan Filem Star Wars
Teringat filem Star Wars, walaupun pakaian dan rumah watak dalam cerita tu nampak biasa-biasa, tapi mereka ada teknologi yang sangat maju dan boleh berhubung dengan makhluk di bintang yang lain. Mungkin begitu keadaan Bumi suatu masa dahulu, lama-lama dahulu. Agaknya bagaimana bermula tamadun manusia. 

Dari kuno, membangun, berkembang sedikit demi sedikit dan maju sampai hari ini.
Atau
Dari biasa, menjadi maju, semakin maju, super maju, kemudian kuno dan naik perlahan-perlahan hingga kini.

Ilustrasi taman Eden
Manusia pertama adalah Nabi Adam (as), semua penganut agama langit setuju hal ini. Adam dan Hawa (Adam & Eve). Kalau baca buku kisah nabi Adam (as) atau tengok cerita dalam tv, latar tempat mesti menggambarkan padang pasir, pokok-pokok kurma, gunung batu, unta, burung……. Itulah salah satu sebab kenapa mindset kita seperti yang saya sebut dari awal tadi. Benarkah begitu keadaan pada zaman itu. Atau jauh berbeza..?