Awal bulan Mei 2011
saya berpeluang membuat latihan mengajar di sebuah sekolah yang muridnya semua
perempuan. Guru-guru pun majoriti perempuan.
Untungnya ada agak banyak masa terluang di sekolah untuk berehat dan
diisi dengan aktivti bermuka buku.
Satu hari,
terdengar sekumpulan guru perempuan bergelak tawa sambil membelek-belek gambar
lama mereka di facebook. Sambil tu terdengar imbauan kegemilangan zaman muda-muda
di universiti dahulu saat saham masih tinggi, khabarnya lelaki di IPT pada masa
itu meletakkan saham pelajar perempuan mengikut tahun pengajian dengan merujuk kepada
beberapa perkara. Kurang pasti apa, sebab cikgu perempuan itu pun ingat-ingat
lupa.
Kalau nak dibuat
perlambangan mengenai saham pelajar perempuan IPT, mungkin keadaan sesebuah negara
boleh dijadikan ukuran.
Tahun Pertama –
Arab Saudi
Kaya dengan sumber,
menjadi tumpuan ramai, nama yang sentiasa meniti dibibir, politik stabil,
potensi pelaburan, tanah suci.
Tahun Kedua –
Amerika Syarikat
Berpengalaman,
berilmu, walaupun ada keburukan yang dibuat masih menjadi perhatian,
pertambahan kawan dan lawan, Dollar
semakin menjunam tapi masih bernilai, maju.
Tahun-tahun Akhir –
Somalia
Ramai yang tahu
tapi tidak ramai yang sanggup ke sana, konflik dalaman, musim panas dan
kemarau, perlu bantuan luar.
wahhhh mendalam maksudd tuu
BalasPadam