Ahad, 9 Oktober 2011

Saham Wanita dan Negara........

Awal bulan Mei 2011 saya berpeluang membuat latihan mengajar di sebuah sekolah yang muridnya semua perempuan. Guru-guru pun majoriti perempuan.  Untungnya ada agak banyak masa terluang di sekolah untuk berehat dan diisi dengan aktivti bermuka buku.


Satu hari, terdengar sekumpulan guru perempuan bergelak tawa sambil membelek-belek gambar lama mereka di facebook. Sambil tu terdengar imbauan kegemilangan zaman muda-muda di universiti dahulu saat saham masih tinggi, khabarnya lelaki di IPT pada masa itu meletakkan saham pelajar perempuan mengikut tahun pengajian dengan merujuk kepada beberapa perkara. Kurang pasti apa, sebab cikgu perempuan itu pun ingat-ingat lupa.

Kalau nak dibuat perlambangan mengenai saham pelajar perempuan IPT, mungkin keadaan sesebuah negara boleh dijadikan ukuran.

Tahun Pertama – Arab Saudi
Kaya dengan sumber, menjadi tumpuan ramai, nama yang sentiasa meniti dibibir, politik stabil, potensi pelaburan, tanah suci.

Tahun Kedua – Amerika Syarikat
Berpengalaman, berilmu, walaupun ada keburukan yang dibuat masih menjadi perhatian, pertambahan  kawan dan lawan, Dollar semakin menjunam tapi masih bernilai, maju.

Tahun-tahun Akhir – Somalia
Ramai yang tahu tapi tidak ramai yang sanggup ke sana, konflik dalaman, musim panas dan kemarau, perlu bantuan luar.