Ahad, 22 Ogos 2010

Benderaku.. Bendera Malaysia.. Jalur Gemilang

Sedikit kisah mengenai bendera Malaysia sempena bulan Kemerdekaan. Jalur Gemilang dicipta pada tahun 1947 oleh Allahyarham Mohamed Hamzah. Nama asal Jalur Gemilang ialah Bendera Malaysia, kemudian pada tahun 1997 sempena ulang tahung Kemerdekaan ke-40. Tun Dr. Mahathir telah menukarkannya kepada Jalur Gemilang sehingga kini.

Lagu
Untuk menanam semangat patriotik rakyat Malaysia, sebuah lagu telah dicipta dengan nama Bendera Malaysia @ Benderaku. Setelah nama Jalur Gemilang diberi, perkataan Benderaku dan Bendera Malaysia pada setiap perenggan telah diganti dengan nama Jalur Gemilang tapi dengan menggunakan irama yang sama.


Benderaku
Benderaku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia

Bendera Malaysia oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku

Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia

Bendera Malaysia bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.

Ciptaan dan Senikata: Tony Fonseka

Namun bagi mengelak kekeliruan segelintir rakyat Malaysia yang mungkin menyanyikan lagu versi lama di samping menyanyikan lagu baru Jalur Gemilang akibat irama yang sama. Satu lagu khas telah dicipta yang lebih menjurus kepada identiti, semangat dan kebanggaan terhadap Jalur Gemilang.



Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah, putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
(2x) Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang!

Ciptaan dan Senikata: Pak Ngah & Siso Kopratasa

Terdapat juga kontroversi mengenai rekaan Jalur Gemilang yang hampir dengan bendera Amerika Syarikat hingga timbul pelbagai spekulasi terhadap kerajaan dan Allahyarham Mohamed Hamzah. Namun, itu semua hanyalah cubaan pihak tertentu yang ingin menggugat kestabilan negara kita.