Pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan Bumi suatu masa dahulu, adakah pemandangan langit yang kita lihat pada hari ini sama seperti jutaan tahun yan lalu?? Bagaimana pula pemandangan Bumu untuk jutaan tahun dari sekarang, mungkin manusia yang masih hidup kelak akan menikmati suatu panorama langit bumi yang berbeza??
Sejak sekian lama, saintis telah mengumpul dan masih mengumpul pelbagai maklumat mengenai Bumi kita sejak dari awal penciptaan hinggalah apa yang ada kini dan apa yang bakal berlaku kelak, sehingga membawa kepada teori penciptaan dan kemusnahan Bumi..
Bumi 4.5 billion tahun lalu
Pada masa ini langit Bumi dipenuhi dengan debu-debu kosmik, batuan dan gas yang membantu pembentukan Bumi. Matahari pada masa ini sedang mendorong segala elemen kosmik (gas, batuan, debu) kesemua arah dalam proses membentuk sistem yang stabil.
Bumi 4 billion tahun lalu
Bulan baru saja terbentuk dan belum mempunyai orbitnya sendiri. Ketika ini bulan beredar begitu hampir dengan Bumi hingga kelihaan begitu besar. Komet dan meteorit yang kaya dengan elemen pembentuk air sedang giat menghempas Bumi. Pada masa yang sama aktiviti letusan gunung berapi dan pembuakkan magma dari perut Bumi berlaku secara ekstrem.
Bumi 4 billion tahun lalu
Komet serta segala pembawa ais masih menghempas Bumi hingga membawa kepada pembentukan lautan pertama. Bulan sudah mempunyai orbitnya sendiri dan semakin menjauhi Bumi, debu-debu kosmik dan batuan di ruang angkasa Bumi semakin berkurangan secara berperingkat.
Bumi 2010, kini
Hanya bermodalkan mata kasar saat cahaya bulan tidak begitu terang dan langit tidak berawan, kita mampu melihat lingkaran Bima Sakti dan galaksi terdekat, Andromeda serta awan Magelan.
Bumi 600 juta tahun akan datang
Matahari sedang membebaskan haba yang amat tinggi hingga menyebabkan laut mendidih dan meruap ke permukaan. Ketika ini Bumi dipenuhi wap air dan asap akibat daripada pendidihan dan peluapan segala cecair yang ada. Awan tebal luar biasa memenuhi Bumi dan ketika ini Bumi bagai planet Zuhrah.
Bumi 4 billion tahun akan datang
Lautan telah lenyap dari Bumi. Matahari (kini raksaksa merah) mewujudkan suasana langit malam yang terang benderang dan kemerahan. Manusia telah lenyap sama sekali. Jika ada yang masih hidup, dia akan melihat kilauan merah matahari dan merasai suhu yang amat panas akibat penipisan atmosfera yang begitu ketara.
Bumi 5 billion tahun akan datang
Ketika ini galaksi paling hampir, Andromeda telah pun menghampiri Bima Sakti dengan jarak yang sangat dekat. Bintang-bintang dalam Andromeda telah memenuhi pandangan langit Bumi. Gabungan ini menjadi punca kemusnahan Bumi, walaupun tidak hancur berderai tapi Bumi telah hanyut ke angkasa kerana kemusnahan ikatan graviti dan paksinya.
100 billion tahun akan datang
Saat ini Bima Sakti telah membentuk satu galaksi yang sangat besar ekoran gabungan dengan Andromeda dan digelar Super Galaksi. Jika masih wujud, Bumi ketika ini sedang melayang jauh dengan segala gunung dan bukit terhakis bagai debu ditiup angin. Galaksi-galaksi lain semakin menjauhi antara satu sama lain dan hilan dari pandangan.
100 trilion tahun akan datang
Bintang-bintang terakhir sedang menghabiskan bahan bakarnya. Cahaya yang ada dalam alam semesta semakin menghilang baik yang sedang merentasi alam atau yang sedang diserap oleh ‘black hole’. Bumi (jika masih ada) menjadi rata seperti bola kaca. Suhu alam semesta sangat rendah dan sedang menghampiri ‘End Game’.